Kenapa Hatimurni
menjadi pilihan Ibu Bapa?
Hatimurni adalah sebuah institusi Pendidikan Islam Swasta (Private Islamic Education) yang berdaftar dengan Jabatan-jabatan Agama Islam, telah beroperasi selama lebih 17 tahun. Kami menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi untuk anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun, menggunakan silibus yang diiktiraf, termasuk Kelas Mengaji & Hafazan, Bahasa Arab, Jawi, Aqidah, Ibadah, Akhlak, Sirah, dan Fardhu Ain.
Dengan tenaga pengajar yang berkelayakan dari institusi ternama seperti Universiti Timur Tengah, Universiti Awam Malaysia, dan Darul Quran JAKIM, Hatimurni memastikan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Kami juga menawarkan kelas online yang fleksibel, melayani pelajar dari seluruh Malaysia serta luar negara seperti United Kingdom, Qatar, dan Australia.
Hatimurni kini mempunyai lebih daripada 1000 pelajar dari tiga cawangan di Wangsa Maju, Setiawangsa, Shah Alam, dan Sri Rampai. Kami komited untuk terus berkembang dan menyambut lebih ramai pelajar baru pada tahun-tahun mendatang, termasuk melalui kelas pengajian agama secara online yang semakin diperkukuhkan.
-
Kumpulan Kecil
Saiz Kelas Kecil, tidak lebih 18 orang pelajar didalam satu kelas
-
Pembelajaran Menarik
Aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeluruh.
-
Adab & Akhlak
Penekanan Kepada Adab & Akhlak
-
KBAT & Praktikal
Penghayatan ilmu melalui KBAT & Praktikal
-
Mencungkil Potensi
Penekanan Konsep Kasih Sayang dan Mencungkil Potensi Pelajar
-
Pengajian & Hafazan
Pengajian Al-Quaran & Hafazan
-
Menulis & Membaca Jawi
Penekanan Kepada Kemahiran Menulis dan Membaca Jawi
-
Asatizah Berpengalaman
Asatizah Berpengalaman
Program
Pendidikan Hatimurni
Pembelajaran di HatiMurni untuk anak-anak dari umur 7 tahun hingga 12 tahun
Menggunakan silibus / modul pembelajaran daripada Jabatan-Jabatan Agama Islam yang merangkumi Kelas Mengaji & Hafazan, Bahasa Arab, Jawi, Aqidah, Ibadah, Akhlak, Sirah dan Fardhu Ain seperti praktikal Solat, Praktikal Haji, Pengurusan Jenazah, Pengenalan Aqil Baligh dan lain-lain.Hatimurni juga menambah dua modul tambahan seperti cambridge dan juga mandarin.
Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai adab & berakhlak mulia, serta membina jati diri (sikap yang bagus). Memupuk kasih sayang dalam diri pelajar terhadap ibu bapa. Memastikan pelajar tersebut berilmu dan beramal soleh serta menghasilkan keputusan yang cemerlang (Result Winning).
17
Tahun
Penubuhan
1050
+Jumlah
Pelajar
98
%Peratus
Kecemerlangan
90
Tenaga
Guru & Staf
Perkhidmatan
Yang Disediakan
Kami menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi untuk anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun, menggunakan silibus yang diiktiraf, termasuk Kelas Mengaji & Hafazan, Bahasa Arab, Jawi, Aqidah, Ibadah, Akhlak, Sirah, dan Fardhu Ain.
Buletin
Hatimurni
Ketahui segala perkembangan, aktiviti dan catatan Hatimurni dengan lanjut.
Kelas Mengaji & KAFA Online PERCUMA selama 5 hari !
Anda ada anak berusia 7-12 tahun? Nak didik anak seimbang dengan ilmu agama? Jom daftar mereka di Hatimurni. Anak anda berpeluang ikuti kelas mengaji dan KAFA online PERCUMA selama 3 hari. Untuk warga Seksyen 7, Shah Alam, Sri Rampai, Setiawangsa, & Wangsa Maju. Daftar sekarang dan dapat diskaun yuran aktiviti tahunan Hatimurni untuk 20 pelajar pertama yang mendaftar.
Galeri
Hatimurni
Aktiviti bersama murid-murid kami di Hatimurni
Pengiktirafan & Anugerah
2020
NONA Best Islamic Education Centre
2024
Business Growth & Sustainability form PEEM & KPM Swasta
2022
Top 500 Consumer Certification Brand Award
2022
The IKON Brand Award
2023
#1 The ASEAN Winner For Islamic Education 2023