loading..
img not found!
img not found!

Media

Laman Utama Media  -   Buletin
Hatimurni Laksana Janji - 3,500 Pelajar UPKK Dibimbing Hingga Garisan Akhir!
Buletin 22 Oct 2025

Hatimurni Laksana Janji - 3,500 Pelajar UPKK Dibimbing Hingga Garisan Akhir!

Temerloh, 12 Oktober 2025 - Program UPKK Final Countdown (UFC) Edisi Temerloh melakar satu lagi sejarah buat Hatimurni apabila kejayaan ini menjadi simbol kepada komitmen yang telah dijanjikan kepada YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), semasa Konvensyen Skor A UPKK 2025 yang lalu.

Dalam tempoh kurang setahun, Hatimurni berjaya membimbing 3,500 pelajar UPKK dari seluruh negara melalui pelbagai inisiatif intensif termasuk program UFC, Fast Track, Latih Tubi Online, dan bimbingan khas guru pakar dalam talian serta bersemuka.

 

Program sehari ini menghimpunkan ratusan pelajar dari sekitar Pahang dan negeri berhampiran untuk mengukuhkan persediaan menghadapi peperiksaan UPKK.
Bersama panel tenaga pengajar berpengalaman, peserta dibimbing dalam enam subjek utama UPKK melalui pendekatan latihan sebenar, teknik menjawab dan simulasi peperiksaan yang direka khas untuk meningkatkan keyakinan dan kefahaman pelajar.

Antara tenaga pengajar utama:

  • Ustazah Siti Hasliza — Pakar Bahasa Arab & penulis modul UPKK.

  • Ustaz Rohimi — Pakar Sirah & sejarah Islam.

  • Ustaz Mohamad Nazrin — Pakar Akidah & Ibadah.

  • Ustazah Sharifah Badrul Ashik Binti Syed Baderulzaman - Pakar Jawi

Tahun 2025 menyaksikan Hatimurni memperkukuh kedudukan sebagai peneraju pendidikan KAFA dan UPKK di Malaysia. Dengan pelajar dari seluruh negara serta penyertaan aktif dari komuniti ibu bapa dan guru, Hatimurni kini melangkah dengan misi lebih besar untuk tahun 2026, memperluas akses pendidikan Islam berkualiti ke seluruh Malaysia

#Hatimurni #UFC2025 #UPKK #GerakGempurGuruPakar #DidikDariHati

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.