loading..
img not found!
img not found!

Media

Laman Utama Media  -   Buletin
Sejarah Baharu Hatimurni: 34 Calon UPSRA Raih Mumtaz
Buletin 26 Dec 2025

Sejarah Baharu Hatimurni: 34 Calon UPSRA Raih Mumtaz

Alhamdulillah 

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 34 orang calon UPSRA Hatimurni Tahun 2026 yang telah berjaya memperoleh keputusan Mumtaz.

Pencapaian ini merupakan sejarah dan rekod baharu bagi Hatimurni, sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan yang menekankan keseimbangan antara ilmu, adab dan pembinaan sahsiah. Kejayaan ini lahir daripada usaha berterusan, disiplin yang tinggi, bimbingan guru-guru berdedikasi serta doa yang tidak pernah putus daripada ibu bapa dan semua yang terlibat.

Hatimurni turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon UPSRA Hatimurni atas komitmen luar biasa, kesabaran dalam menuntut ilmu dan kesungguhan sepanjang perjalanan pembelajaran masing-masing.

Untuk makluman, keputusan UPSRA telah diumumkan pada 14 November 2025 yang lalu.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk anak-anak terus melangkah ke hadapan, bukan sahaja dengan kecemerlangan akademik, malah dengan adab, akhlak mulia dan jati diri Muslim yang kukuh selari dengan misi dan nilai teras Hatimurni.

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.