loading..
img not found!
img not found!

Media

Laman Utama Media  -   Pengumuman
The BrandLaureate SMEs BestBrands Award 2025 in the category of Sustainable Brand – Private Islamic Education:Hatimurni
Pengumuman 5 Jun 2025

The BrandLaureate SMEs BestBrands Award 2025 in the category of Sustainable Brand – Private Islamic Education:Hatimurni

Pada 28 Mei 2025 bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur, Hatimurni telah menerima pengiktirafan berprestij dalam dunia keusahawanan dan penjenamaan apabila dianugerahkan The BrandLaureate SMEs BestBrands Award 2025 dalam kategori Sustainable Brand – Private Islamic Education.

Anugerah ini menjadi satu lambang kejayaan dan pengiktirafan kepada usaha berterusan Hatimurni dalam membina sistem pendidikan Islam yang mampan dan relevan sepanjang hampir 19 tahun beroperasi.

Anugerah ini juga mencerminkan kepercayaan yang berterusan daripada ibu bapa, dedikasi tenaga kerja Hatimurni serta komitmen untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu, tetapi juga utuh dari sudut sahsiah dan nilai.

Pihak Hatimurni menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Semoga langkah ini terus membawa kebaikan kepada ummah dan negara.

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.