Infaq Kasih D’Hatimurni
Jutaan Terima Kasih dari Hatimurni!
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua penyumbang budiman yang telah menjayakan program Infaq Kasih D’Hatimurni.
Anda semua adalah asbab kebaikan tersebar luas, dan kami mendoakan semoga setiap kebaikan ini menjadi bekal berharga di akhirat kelak.
Alhamdulillah untuk tahun ini kita telah berjaya dengan izin Allah menyebarkan kasih sayang dan berkongsi rezeki melalui:
1) Edaran 10,000 Bubur Lambuk ke kawasan sekitar Wangsa Maju, Setiawangsa, Sri Rampai, Melawati, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Sekita Masjid Sendayan.
2) Edaran 2500 pek beras di 35 lokasi
3) Majlis Iftar bersama Muallaf
4) Majlis Quran Hour - Keluarga Hatimurni Bersama Al-Quran
5) Majlis Shopping Raya bersama anak-anak yatim dan asnaf di pasaraya Mydin USJ.
Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah: 261)
Semoga Allah melimpahkan rezeki yang berkat, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan dunia akhirat kepada anda semua. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.
Teruskan menyebarkan kasih sayang melalui infaq. Bersama kita membina generasi yang bertakwa.
#Hatimurni
#InfaqKasih
#JomBerinfaq
#KAFAHatimurni
#IbuAyahHatimurni