loading..
img not found!
img not found!

Media

Laman Utama Media  -   Pengumuman
The BrandLaureate BrandLeadership Award 2025 - Transformational Leadership in Education: Ustazah Siti Khadijah Mohni
Pengumuman 5 Jun 2025

The BrandLaureate BrandLeadership Award 2025 - Transformational Leadership in Education: Ustazah Siti Khadijah Mohni

KUALA LUMPUR:  28 Mei 2024, pada majlis berprestij The BrandLaureate SMEs BestBrands Awards 2025 yang telah berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur, Ustazah Siti Khadijah Mohni, Pengasas Hatimurni, telah dianugerahkan The BrandLaureate BrandLeadership Award 2025 -Transformational Leadership in Education.

Anugerah ini diberikan kepada tokoh yang berjaya mencetus perubahan besar dalam landskap pendidikan, khususnya dalam bidang pendidikan Islam swasta.

Dengan hampir dua dekad pengalaman, Ustazah Siti telah membina Hatimurni daripada permulaan yang kecil kepada sebuah institusi yang kini diiktiraf di peringkat nasional.

Kepimpinan beliau yang berasaskan nilai, keikhlasan dan visi yang jelas telah memberi impak besar kepada ribuan pelajar dan keluarga di seluruh negara.

Anugerah ini adalah satu penghormatan buat semua pendidik yang bekerja dengan jiwa dan harapan.

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.