loading..
img not found!
img not found!

Media

Laman Utama Media  -   Pengumuman
MAKLUMAN LATIHAN & SARINGAN HARI APRESIASI HATIMURNI 2026
Pengumuman 5 Sep 2026

MAKLUMAN LATIHAN & SARINGAN HARI APRESIASI HATIMURNI 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Hatimurni akan mengadakan Latihan dan Saringan Hari Apresiasi Hatimurni 2026 sepanjang bulan Ogos 2026.

Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menyerlahkan bakat, membina keyakinan diri serta mengembangkan potensi mereka melalui bimbingan guru-guru Hatimurni.

Pertandingan yang akan dijalankan

  • Pertandingan Azan
  • Pertandingan Hafazan
  • Pertandingan Bercerita Sirah Nabi Muhammad SAW
  • Pertandingan Nasyid
  • Pertandingan Kalam Jamaie

Jadual Program

Latihan dan saringan: Bermula Ogos 2026
Hari Finale: 5 September 2026
Kehadiran: Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari finale.

Sepanjang tempoh latihan dan saringan, semua pelajar akan diberikan peluang untuk terlibat serta dibimbing oleh guru-guru Hatimurni sebagai persediaan sebelum peserta terpilih melangkah ke peringkat akhir.

Kami amat mengharapkan sokongan Ibu Ayah untuk terus memberikan galakan, semangat dan ruang kepada anak-anak menjalani latihan di rumah. Sokongan Ibu Ayah amat bermakna dalam membantu mereka membina keberanian dan memberikan persembahan yang terbaik.

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.