loading..
img not found!
img not found!

Media

Laman Utama Media  -   Buletin
Program Kelas UPKK Percuma: Jelajah Jom Skor A anjuran PUSPANITA JANM & Hatimurni
Buletin 29 May 2025

Program Kelas UPKK Percuma: Jelajah Jom Skor A anjuran PUSPANITA JANM & Hatimurni

Cuti sekolah? Anak-anak PUSPANITA tetap on untuk skor UPKK!

Pada 29 Mei 2025, Dewan JANM Putrajaya meriah dengan suara dan semangat. Lebih 130 anak-anak ahli PUSPANITA yang telah sertai program Kelas UPKK Percuma: Jelajah Jom Skor A anjuran PUSPANITA JANM & Hatimurni.

Buat julung kalinya, program sebegini dijalankan bersama PUSPANITA. Alhamdulillah, sambutan memang luar biasa. Anak-anak datang penuh teruja, ibu ayah pun sama-sama beri sokongan.

Seronok tengok semua fokus, aktif dan bersemangat nak skor dalam UPKK tahun ni. Dalam sesi "Smart Parents, Smart Kids", ibu ayah juga belajar cara nak bantu anak-anak untuk skor UPKK.

Guru-guru pakar UPKK Hatimurni pun berkongsi banyak tips untuk subjek Sirah & Bahasa Arab.

Semoga jadi bekalan berguna untuk anak-anak bersedia dengan lebih yakin. Terima kasih PUSPANITA JANM sudi berkolaborasi dengan Hatimurni. InsyaAllah, semoga lebih banyak program bermanfaat untuk kita jayakan bersama pada masa akan datang.

#Hatimurni
#PUSPANITAxHatimurni
#JelajahJomSkorA
#UPKK2025
#AnakAnakHebat

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.