
Program Bulanan Hatimurni: Solat Berjemaah
Program Bulanan: Solat Berjemaah di Hatimurni
Alhamdulillah, minggu lepas anak-anak Hatimurni dari semua cawangan menyertai Program Solat Berjemaah.
Solat jemaah memang rutin harian mereka, tapi kali ni lebih istimewa. Program ini bukan sahaja untuk mereka faham bukan sekadar cara, tapi makna dan hikmah di sebaliknya.
Guru-guru semak satu per satu bukan untuk mengadili tapi untuk membimbing, dengan sabar dan penuh kasih.
Sabda Rasulullah SAW:
"Tunjang urusan agama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat."
Semoga ibadah solat ini jadi cahaya yang membimbing langkah mereka, bukan hanya di sekolah tapi sepanjang hidup, InsyaAllah.
#Hatimurni
#SolatBerjemaah
#AnakCintaSolat
#DidikanDenganHati
#SekolahIslamSwasta