loading..
img not found!
img not found!

Media

Laman Utama Media  -   Buletin
Kunjungan Istimewa dari SD Hj. Isriati Baiturrahman 1, Indonesia
Buletin 18 Apr 2025

Kunjungan Istimewa dari SD Hj. Isriati Baiturrahman 1, Indonesia

Kunjungan yang Tidak Disangka dari Sekolah Indonesia!

Syukur ke hadrat Ilahi, semalam Hatimurni berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada SD Hj. Isriati Baiturrahman 1, Indonesia.

Seramai 35 orang tetamu hadir – terdiri daripada guru besar, guru akademik, para pelajar, serta ibu ayah mereka.

Inilah kali pertama kami menerima lawatan dari luar negara yang ingin melihat sendiri sistem pendidikan di Hatimurni.

Alhamdulillah, Team akademik Hatimurni dan Team akademik SD Hj Isriati juga berpeluang berkongsi idea dan pandangan demi memperkukuh pendidikan agama Islam di peringkat global.

Malah, kami turut berkongsi visi dan misi yang sama — mendidik secara holistik, bukan sekadar mengejar pencapaian akademik, tetapi juga membentuk insan yang berakhlak dan beradab.

Guru-guru dan Team Hatimurni sangat teruja melihat pelajar-pelajar mereka turut serta dalam aktiviti bersama pelajar Hatimurni.

Walaupun sesi kunjungan ini singkat, tapi kenangannya sangat bermakna dan tersemat di hati kami.

Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada seluruh warga SD Hj. Isriati Baiturrahman 1 atas kesudian melawat kami.

Tidak lupa juga, ribuan terima kasih buat semua team Hatimurni yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga ukhwah yang terjalin ini akan terus berkembang dan membuahkan kerjasama yang lebih kukuh demi masa depan pendidikan Islam anak-anak.

#PendidikanIslam
#LawatanGlobal
#Hatimurni
#JalinanUkhwah

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.