Projek Baju Raya "Seindah Syawal, Sepasang Bahagia"
Syawal lebih indah bila kebahagiaan dikongsi bersama...
Alhamdulillah, program Baju Raya "Seindah Syawal, Sepasang Bahagia" telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Mac 2025 di Mydin Mall Subang Jaya.
Semoga pemberian baju raya ini membawa senyuman dan kegembiraan kepada anak-anak yatim serta asnaf dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Mydin atas kerjasama dan sokongan penuh dalam menjayakan program ini.
Tidak dilupakan juga, Team Kerja Hatimurni yang telah bertungkus-lumus menyantuni anak-anak ini dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.
Terima kasih kepada semua penyumbang Infaq Kasih Ramadan D’Hatimurni yang telah bersama-sama merealisasikan impian mereka untuk menyambut Syawal dengan penuh keceriaan.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi di masa akan datang, agar lebih ramai insan yang memerlukan dapat dibantu.
#ShoppingRaya
#KongsiRezeki
#Hatimurni
#RamadanDiHatimurni
#InfakQasehRamadan
#Ramadan2025
#IbuAyahHatimurni