Quran Hour - Keluarga Hatimurni Bersama Al-Quran
Dari Solat Dhuha hingga Khatam 30 Juzuk – Sebuah Momen Bermakna!
Alhamdulillah, Quran Hour - Keluarga Hatimurni Bersama Al-Quran berlangsung dengan penuh keberkatan pada 22 Mac 2025.
Buat pertama kali, lebih 500 peserta dari keluarga Hatimurni berkumpul, bermula dengan Solat Dhuha berjemaah, diikuti Khatam Al-Quran 30 Juzuk bersama Daie Fuad, dan diakhiri dengan Tausiyah Ramadan oleh Ustaz Hafiz Za’farani.
Majlis ini bukan sekadar bacaan Al-Quran, tetapi juga satu pengalaman yang mengeratkan ukhuwah dan menghidupkan Ramadan bersama.
Terima kasih kepada semua yang hadir, dan semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.