
Tahniah Wira Hatimurni! 39 Calon Skor 9A UPKK 2024
KUALA LUMPUR – Hatimurni merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua wira dan wirawati Hatimurni, serta ibu bapa yang telah bersama-sama berusaha, memberikan dorongan dan sokongan tanpa henti dalam memastikan kejayaan anak-anak dalam UPKK 2024.
Alhamdulillah, seramai 39 pelajar Hatimurni berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan UPKK yang diumumkan baru-baru ini. Pencapaian ini adalah bukti kesungguhan pelajar, dedikasi guru, dan peranan penting ibu bapa dalam membentuk kejayaan bersama.
Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak kepada kecemerlangan yang berterusan, bukan sahaja di dunia, malah hingga ke akhirat.
#UPKK2024
#AnakkuHebat
#SokonganIbuBapa
#KAFAHatimurni
#IbuAyahHatimurni
#KeputudsanUPKK2024
#CemerlangUPKK