loading..
img not found!
img not found!

Media

Laman Utama Media  -   Buletin
Program Sambutan Ihya’ Ramadan
Buletin 5 Mar 2025

Program Sambutan Ihya’ Ramadan

Alhamdulillah, Ramadan kembali lagi! Bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan & kasih sayang Allah.

Bagi anak-anak Hatimurni, Ramadan bukan sekadar tentang menahan lapar & dahaga, tapi lebih daripada itu – ia adalah bulan belajar, memahami & menghayati keindahan Islam dengan hati yang ikhlas.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Isnin lepas pada 3 Mac 2025 telah diadakan program Sambutan Ihya’ Ramadan di semua cawangan Hatimurni.

Antara aktiviti yang anak-anak dalam sambutan ini:

  • Tazkirah Ihya’ Ramadan
    – Anak-anak belajar kenapa kita wajib puasa, apa kelebihan Ramadan & macam mana nak jadikan Ramadan kali ni lebih bermakna!
     
  • Kuiz Interaktif Ramadan
    – Uji minda, jawab soalan menarik & tambah ilmu sambil berseronok!
     
  • Doodle Dakwah Ramadan
    – Anak-anak boleh melukis & berkongsi kefahaman mereka tentang Ramadan dengan cara kreatif!

Seronok sangat tengok anak-anak menyertai aktiviti ni! Bukan sahaja belajar, tapi mereka lebih menghargai Ramadan dengan cara yang mudah & menyeronokkan.

Ikhlas dari,

Pengurusan Hatimurni

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.