loading..
img not found!
img not found!

Media

Laman Utama Media  -   Buletin
Retreat Hatimurni B.E.S.T – Best Employee Strategic Training 2025
Buletin 4 Feb 2025

Retreat Hatimurni B.E.S.T – Best Employee Strategic Training 2025

Dalam Diam-Diam, Ustazah Siti Nak Bagi Surprise Dekat Semua!

Akhirnya, detik yang dinantikan telah menjelang tiba. Satu kejutan istimewa daripada Ustazah Siti selaku Founder Hatimurni buat Team Kerja Hatimurni, membuatkan kami semua tertanya-tanya dan berdebar.

Sempena tahun 2025, Ustazah Siti dan pihak pengurusan telah menganjurkan Retreat Hatimurni B.E.S.T – Best Employee Strategic Training 2025 di Lilla Summer Retreat, Bentong, Pahang pada 29 hingga 30 Januari 2025.

Inilah peluang untuk melangkah lebih jauh, memantapkan kemahiran dan pengetahuan, serta mengukuhkan ukhuwah dalam pasukan agar lebih bersedia menghadapi cabaran tahun ini.

Alhamdulillah, pada hari pertama, seramai 55 orang dalam Team Hatimurni berjaya menghadiri kursus “Pantang Undur: Entering The Battlefield” bagi memahami maksud sebenar PERJUANGAN dalam sebuah organisasi.

Kursus ini mengajarkan kami bahawa semangat sepasukan adalah kunci utama dalam mencapai kejayaan. Aktiviti berkumpulan berlangsung dengan penuh semangat, semuanya bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik.

Walaupun setiap individu mempunyai peranan yang berbeza, namun matlamat kami tetap sama—memberikan pendidikan agama Islam terbaik kepada anak-anak IbuAyah Hatimurni.

Di penghujung sesi kursus, suasana bertukar sebak apabila kami dengan penuh semangat melaungkan ucapan terima kasih kepada Ustazah Siti, buatkan beliau berasa sungguh terharu dan bangga. USTAZAH SITI, YOU ARE THE BEST!

Datangnya malam, sesi “BBQ Time” menyemarakkan lagi keakraban antara kami. Dengan tema “White & Jeans”, semua tampil menawan dan bergaya.

Pelbagai hidangan enak dinikmati dalam suasana penuh ceria, diserikan lagi dengan sesi “Exchange of Happiness”. Happening sangat, ada yang bertuah menerima sehingga lima hadiah!

Ketika malam hampir melabuhkan tirainya, satu lagi kejutan menanti. Tiba-tiba, kami perlu membuat persembahan secara spontan berdasarkan cabutan yang diterima.

Walaupun keletihan mula terasa, tiada siapa yang mahu mengalah! Setiap kumpulan tampil dengan persembahan yang menghiburkan dan penuh kreativiti.

Tak sangka ramai dalam kalangan Team Hatimurni yang berbakat besar rupanya!

Hari terakhir, 30 Januari, dimulakan dengan sesi “Qiamullail dan Solat Subuh Berjemaah”. Seawal 5.30 pagi, seluruh pasukan berbaris, merapatkan saf, dan bersama-sama mengabdikan diri dalam ibadah.

Dimulakan dengan Solat Tahajud, Solat Sunat Witir, Sesi Tazkirah dan akhirnya Solat Subuh. Sesi ni bukan sekadar ibadah, tapi juga masa untuk muhasabah diri.

Selepas bersarapan, tiba saat yang mendebarkan—sesi “Together, We Conquer The Battlefield”. Ada yang teruja, ada yang gementar, tetapi semua tekad untuk mencuba.

Cabaran Flying Fox menjadi simbol keberanian, dan alhamdulillah, semua berjaya mengatasinya dengan penuh bangga!

Pengalaman dalam Retreat Hatimurni B.E.S.T kali ini amat berharga. Bukan sekadar Team Building biasa, tetapi satu perjalanan membentuk keberanian, keyakinan, dan semangat berpasukan.

Semoga retreat kali ini menjadi pemangkin kejayaan Team Hatimurni dalam mencapai matlamat tahun ini—memberikan perkhidmatan terbaik serta membina empayar pendidikan Islam yang gemilang di Malaysia.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Founder Hatimurni atas peluang keemasan ini. Segala ilmu, pengalaman, dan kenangan indah ini pasti akan terus kami kenang dan manfaatkan!

#HatimurniBEST2025

#PantangUndur

#HatimurniBersatu

#MedanJuang2025

#UntukAnakHatimurni

#HatimurniCemerlang

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.