
Program Sambutan Israk Mikraj: Qiamullail & Malam Munajat Rejab
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉: 𝐐𝐈𝐀𝐌𝐔𝐋𝐋𝐀𝐈𝐋 & 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐔𝐍𝐀𝐉𝐀𝐓 𝐑𝐄𝐉𝐀𝐁
Syukur ke hadrat Ilahi, pihak Hatimurni dengan jayanya telah menganjurkan Program Sambutan Israk Mikraj: Qiamullail & Malam Munajat Rejab pada 27 dan 28 Januari 2025 di beberapa cawangan Hatimurni.
Program ini turut mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran seramai 55 peserta, terdiri daripada pelajar Hatimurni yang begitu bersemangat dalam mendalami ilmu agama serta menghayati perjalanan agung Israk Mikraj.
Aktiviti Menarik Sepanjang Program:
- Tazkirah Rejab: Israk & Mikraj – Titah Solat Dari Pencipta
- Tadabbur & Tasmi Ayat 1 Surah Al-Isra’
- Cabaran 7 Langit
- Interaktif Talk: Israk & Mikraj
- Art & Craft: Mini Model Kaabah & Masjid Al-Aqsa
Sungguh terharu melihat anak-anak IbuAyah sanggup meluangkan masa demi menyertai program ini.
Walaupun perlu bangun awal untuk sesi Qiamullail, bukan satu halangan untuk mereka komited dan bersemangat. Hebat kan anak-anak IbuAyah ni?
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.
Semoga program ini menjadi pengalaman bermakna dan kenangan indah buat anak-anak.
Salam kasih,
Pengurusan Hatimurni
#Hatimurni
#IbuAyahHatimurni
#KAFA2025
#IsrakMikraj
#HikmahAgung
#KekuatanIman
#InspirasiTanpaBatas