Bestnya Lukis Komik!- Bengkel Melukis Komik Sirah
ð€ð¤ðð¢ð¯ð¢ðð¢ ðð«ð¨ð ð«ðšð¦ ð‚ð®ðð¢ ð’ðžð¤ð¨ð¥ðšð¡ (ðð‚ð’) ð‡ðšðð¢ð¦ð®ð«ð§ð¢ : ððžð¬ðð§ð²ðš ð‹ð®ð¤ð¢ð¬ ðŠð¨ð¦ð¢ð¤! – ððžð§ð ð¤ðžð¥ ðŒðžð¥ð®ð¤ð¢ð¬ ðŠð¨ð¦ð¢ð¤ ð’ð¢ð«ðšð¡
22 & 23 Januari 2025 – Alhamdulillah, Bengkel Melukis Komik Sirah: Kelahiran Kekasih Allah “Dari Seni ke Jannah” telah berjaya dijalankan dengan penuh meriah di D’Hatimurni Space, Sri Rampai.
Program ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran seramai 144 peserta, terdiri daripada pelajar Hatimurni dan peserta luar.
Apa yang Menarik?
Pembelajaran Seni Melukis Komik
Peserta mempelajari teknik asas dan profesional untuk menghasilkan komik bertemakan sirah.
Latihan Praktikal & Bimbingan
Setiap peserta diberi peluang melukis komik mereka sendiri sambil menerima bimbingan terus daripada Ustaz Kartun, Tuan Mohd Nasrullah Bin Che Halim.
Semangat dan Kreativiti Peserta
Ramai peserta berjaya menghasilkan karya komik yang sangat kreatif, memaparkan bakat luar biasa yang ada pada mereka.
Jom lihat wajah ceria dan hasil karya anak-anak sepanjang program dijalankan 

Kami sangat berbesar hati dapat bersama-sama mencipta pengalaman indah ini. Diharapkan program ini menjadi kenangan manis dan inspirasi kepada semua peserta untuk terus mencintai seni dan sirah Rasulullah SAW.
Terima kasih kepada semua IbuAyah dan peserta atas sokongan yang tidak terhingga dalam menjayakan program ini!
Ikhlas daripada,
Pasukan Pengurusan Hatimurni