Hatimuri Santuni Wira UPKK 2024
KUALA LUMPUR—Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, pihak Hatimurni telah berjaya menganjurkan program "Hatimuri Santuni Wira UPKK 2024" pada 9 Januari 2025. Program ini diadakan bagi meraikan anak-anak yang telah menamatkan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di SRA Al-Tabrani seramai 230 orang pelajar.
Semoga usaha mereka membuahkan hasil yang cemerlang dan memperoleh kejayaan 9A dalam peperiksaan ini.
Terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada Hatimurni. Semoga anak-anak terus cemerlang dan menjadi insan yang berjaya di dunia serta akhirat. Amin.