TOP 500 CONSUMERS CONSUMER CERTIFICATION TRUSTY BRAND AWARD

TOP 500 CONSUMERS CONSUMER CERTIFICATION TRUSTY BRAND AWARD

Ustazah Siti mulakan dengan penuh kesyukuran pagi ini atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan yang tak pernah putus putus..Alhamdulillah 🤲

Tahniah buat Hatimurni atas kejayaan yang di raih baru ini. Ustazah Siti hanyalah insan yang Allah amanah kan untuk menguruskan Hatimurni sahaja.

Actually bukan mudah untuk capai ke level ini kalau tidak diiringi dengan kesungguhan dan doa. Apa yang Ustazah Siti selalu terapkan kepada Team Hatimurni

"Always kena ada mind set untuk sentiasa nak bantu mudahkan urusan orang lain, inshaAllah Allah akan mudahkan urusan kerja kita dan urusan peribadi kita"

" Always ada passion dan kesungguhan dalam setiap perkara yang kita usahakan, inshaAllah keberkatan akan menyusul"

" Always nak buat yang terbaik buat customers kita dan jangan suka untuk cepat reject kalau permintaan customers (Hatimurni IbuAyah) itu menyusahkan kita kerana terkadang kita tidak sedar, asbab request mereka yang luar biasa tu Allah nak lorong kan pintu rezeki yang besar buat kita "

Semoga Hatimurni terus success di masa hadapan untuk capai Visi Misi dalam memandai kan generasi akan datang dengan ajaran agama islam berlandaskan AlQuran AsSunnah dan ijmak para ulama inshaAllah. Aamin Aamin 🤲🤲

With Love ❤️

Ustazah Siti Khadijah

Founder Hatimurni Islamic Private Education Center