PROGRAM SIMULASI HAJI HATIMURNI (SiHHaj) 2023

KUALA LUMPUR:Betempat di Masjid Khalid Al-Walid,Keramat, bertarikh 9 Julai 2023, Hatimurni mengadakan Program Simulasi Haji Hatimurni (SiHHaj) 2023 buat pertama kalinya diadakan secara besar-besaran dan mengumpulkan kesemua pelajar dari seluruh cawangan Hatimurni (Hatimurni Wangsa Maju, Setiawangsa dan Seksyen 7, Shah Alam) serta Hatimurni Online. 

Kehadiran pelajar hampir 500 penyertaan tidak termasuk kehadiran ibu bapa. Program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan rukun islam yang kelima itu. Pelajar-pelajar bukan sahaja pelajari teori bahkan secara praktikal agar dapat mengetahui cara mengerjakan rukun tersebut.

Hatimurni berkerjasama dengan muthawif yang berpengalaman dari Akademi Nur Ilmi untuk memberi tunjuk ajar secara mendalam dan cara-cara melaksanakan rukun dengan betul kepada pelajar-pelajar dan secara tidak langsung ibu bapa turut dapat pelajari ilmu itu.