(M.A in Business & Administration, Universiti Utara Malaysia)
(B.A in Sharia & Islamic Jurisprudence, Universiti Jordan)
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif
Tijarah Hatimurni Sdn Bhd (Private Islamic School)
Sejarah Hatimurni
Tanggal November 2007 Hatimurni telah didaftarkan dengan nama Pusat Kecemerlangan Hatimurni. Nama ini dipilih oleh Pengasas Hatimurni Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suami Ustaz Engku Ahmad Fadzil.
Tercetus idea penubuhan Hatimurni bermula dari penawaran oleh seorang rakan yang berkunjung ke rumah kami. Beliau telah menawarkan kepada kami untuk membeli perniagaan sekolah yang diusahakan di Ampang. Lokasi strategik dan pelajar pun sudah ada, cuma agak bermasalah untuk kami yang tinggal bukan di Ampang. Kerja-kerja akan menjadi sukar terutama untuk pengurusan operasi.
Kami memilih untuk menubuhkan sekolah kami sendiri. Alhamdulillah premis dan lokasi ditemui. Kami pilih konsep untuk Kelas Mengaji, Hafazan dan Fardhu Ain. Pemilihan ini berdasarkan pemerhatian kami tentang keperluan untuk memenuhi permintaan masyarakat setempat bagi memastikan anak-anak pandai mengaji.
17
Tahun Penubuhan
950
Pelajar
90
Guru & Staf
97
Kecemerlangan
Kelas Mengaji & KAFA Online PERCUMA selama 5 hari !
Pencapaian Hatimurni
2007
Hatimurni telah didaftarkan dengan nama Pusat Kecemerlangan Hatimurni. Kami pilih konsep untuk Kelas Mengaji, Hafazan dan Fardhu Ain. Pemilihan ini berdasarkan pemerhatian kami tentang keperluan untuk memenuhi permintaan masyarakat setempat bagi memastikan anak-anak pandai mengaji.
2010
Alhamdulillah, Allah hadirkan idea untuk menyediakan perkhidmatan Kelas KAFA yang dipakejkan sekali dengan khidmat Transit. Hatimurni menguruskan pembelajaran agama anak-anak ditambah dengan menguruskan juga urusan anak-anak untuk ke sekolah kebangsaan dengan perkhidmatan Transit. Kami menyediakan makan tengahari sebelum ke atau selepas pulang dari sekolah, kami menguruskan juga pakaian anak-anak. Selepas itu, kami menghantar/mengambil anak- anak ke/dari sekolah kebangsaan dengan Transport kami sendiri. Semua ini dilakukan dengan penekanan terhadap perasaan penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Hatimurni mengambil tahu hal-hal berkaitan urusan anak-anak pelajar. Oleh itu, ibubapa tidak perlu lagi runsing untuk menguruskan anak-anak mereka. Ibubapa juga tidak perlu lagi tergesa-gesa atau bergegas pada waktu tengahari untuk mengambil /menghantar anak-anak mereka ke Sekolah kerana semuanya diuruskan oleh Hatimurni.
2019
Hatimurni menguruskan seramai 650 orang pelajar untuk 3 cawangan Hatimurni di Setiawangsa, Wangsa Maju dan Bandar Bukit Mahkota (Kajang). Ibubapa dan masyarakat setempat sudah mula mengenali kami. Nama Hatimurni semakin meniti di bibir dan mekar dihati masyarakat.
2020
HATIMURNI menerima anugerah sebagai NONA BEST ISLAMIC EDUCATION AWARD. Kali ini, pengasas Hatimurni; USTAZAH SITI KHADIJAH dengan bangganya berada di dalam helaian majalah berprestij ini.
Menerima NONA Best Islamic Education Award di Shah Alam Convention Centre di majlis nan gilang-gemilang, beliau membuktikan bahawa adalah sangat penting pendidikan Islam diterapkan di dalam diri anak-anak sejak daripada kecil. Bak kata pepatah; melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Ikuti temu bual eksklusif Ustazah Siti Khadijah di dalam majalah Nona edisi Disember 2020 / Januari 2021.
2021
TOP 500 CONSUMER CERTIFICATION TRUSTY BRAND AWARD (EDUCATION)
Visi & Misi HatiMurni
Visi
Putting the heart back into the society
Misi
To make available a holistic education process that nurtures spiritually and materially balanced future LEADERS
Matlamat Hatimurni
Akan dikemaskini...