loading..

Pendaftaran 2025 kini di buka!. Promocode "HatiMurni25" diskaun 20%

img not found!
img not found!

Latar Belakang

Laman Utama Tentang Kami  -   Latar Belakang

Puan Siti Khadijah Mohni

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif
Tijarah Hatimurni Sdn Bhd (Private Islamic School)

Sejarah Penubuhan Hatimurni

“Alhamdulillah, idea ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan ibubapa setempat. Telah banyak proses pembangunan yang Hatimurni lakukan demi memenuhi tanggungjawab ini. Ibubapa yang berpuas hati telah mula bercerita “mouth to mouth” tentang pakej perkhidmatan kami.”

Tanggal November 2007 Hatimurni telah didaftarkan dengan nama Pusat Kecemerlangan Hatimurni. Nama ini dipilih oleh Pengasas Hatimurni Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suami Ustaz Engku Ahmad Fadzil.

Tercetus idea penubuhan Hatimurni bermula dari penawaran oleh seorang rakan yang berkunjung ke rumah kami. Beliau telah menawarkan kepada kami untuk membeli perniagaan sekolah yang diusahakan di Ampang. Lokasi strategik dan pelajar pun sudah ada, cuma agak bermasalah untuk kami yang tinggal bukan di Ampang. Kerja-kerja akan menjadi sukar terutama untuk pengurusan operasi.

Kami memilih untuk menubuhkan sekolah kami sendiri. Alhamdulillah premis dan lokasi ditemui. Kami pilih konsep untuk Kelas Mengaji, Hafazan dan Fardhu Ain. Pemilihan ini berdasarkan pemerhatian kami tentang keperluan untuk memenuhi permintaan masyarakat setempat bagi memastikan anak-anak pandai mengaji.
 

BIODATA

  • Asal Kelahiran - Selangor

PENDIDIKAN

  • Fiqh wa Usulh, University of Jordan 1998 2002
  • Master in Business Administration (MBA) University Utara Malaysia (UUM) - 2012 - 2014
  • Sedang menyambung pengajian Doctorate Business Administration (DBA) UNITAR International University Tierra

KARIER & TUGAS

  • Pernah menjawat jawatan di Mahkamah Syariah Selangor
  • Guru di International Islamic University (IIUM)
  • 2007 hingga kini menguruskan Hatimurni Islamic Private Education Center

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.